Saturday 7 January 2017

Skuad Promosi Perpustakaan

1) PENGENALAN

Skuad  Promosi PPANPs ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan Promosi galakan membaca dan Kempen Daftar Ahli Perpustakaan di sekolah dan jabatan kerajaan serta jemputan daripada agensi luar di seluruh negeri Perlis.


2) STRATEGI PROMOSI PERPUSTAKAAN

2.1 Mengadakan kerjasama dengan I-Play Toy Library, Kelab Membaca Sinar Pintar dan petugas rangkaian perpustakaan berhampiran lokasi.

2.2 Menggalakkan orang ramai menjadi ahli perpustakaan melalui program dan pameran yang diadakan.

2.3 Mengadakan aktiviti galakan membaca bersama masyarakat terutama pelajar sekolah.

3) AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Aktiviti galakan membaca yang sering dijalankan seperti:

3.1 Ceramah Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
3.2 Ceramah Literasi Maklumat
3.3 Taklimat perpustakaan
3.4 Pameran rangkaian perpustakaan
3.5 Pameran koleksi perpustakaan (buku, alatan permainan)
3.6 Pameran I-Play Toy Library dan aktiviti
3.7 Kempen daftar ahli perpustakaan
3.8 Baca jawi
3.9 Putar-putar ilmu
3.10 Kuiz jejak maklumat
3.11 Tayangan dan kuiz
3.12 Puzzles
3.13 Mewarna
3.14 Membuat penanda buku
3.15 Origami
3.16 Cabutan bertuah

BERMINAT??

Sila hubungi :
Pn. Zairina Hashim, 
Penolong Pustakawan, 
Unit Sumber Media, Perpustakaan Kanak-Kanak, 
Perpustakaan Bestari Samsung dan Promosi Galakan Membaca
04-9764436 (Pejabat) 0174696110 (Hp)

Sebarang surat mengurat sila alamatkan ke:

Pengarah 
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000
Kangar, Perlis.

Sila klik untuk melihat aktiviti-aktiviti galakan membaca yang diadakan











0 comments:

Post a Comment