Sunday 28 January 2018

PROMOSI GALAKAN MEMBACA & PAMERAN @ PESTA BUKU UTC PERLIS

PROMOSI GALAKAN MEMBACA & PAMERAN @ PESTA BUKU UTC PERLIS

Tarikh : 25-28 Januari 2018 (Khamis-Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang

Tempat : UTC Perlis, Kangar 
Penyertaan : Anggaran 300 orang

Pesta Buku UTC Perlis meriah dengan pengunjung yang berkunjung untuk membeli buku-buku yang dijaul pada harga lelong. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis turut terlibat dengan mengadakan Promosi galakan membaca dan pameran. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti berikut:

  • Kempen Daftar Ahli percuma
  • Pameran buku dan sudut bacaan
  • Pameran Perpustakaan dan perkhidmatan perpustakaan
  • Koleksi Permainan dan I-Play Toy Library
  • Tayangan filem dan cerita pendidikan
  • aktiviti-aktiviti seperti origami, permainan dam gergasi, dam aji, soccer dan sebagainya.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Pinjaman buku berkelompok bolehlah dijalankan di mana-mana rangkaian perpustakaan di negeri Perlis samada perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan cawangan dan perpustakaan pusat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:



Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)




































0 comments:

Post a Comment