Thursday 2 March 2017

Kemahiran Literasi Maklumat kepada Guru Perpustakaan & Media

2 Mac 2017 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis yang diwakili oleh Pn. Haizatul Afni dan Pn. Zairina Hashim dijemput untuk mengadakan ceramah mengenai kemahiran Literasi Maklumat kepada 40 orang Guru Perpustakaan dan Media di sekolah negeri Perlis. Program ini diadakan di BTPNPs dari jam 8.30 pagi - 5.00 petang.

Program ini merupakan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis memainkan peranan penting dalam penyaluran dan penyebaran maklumat kepada guru-guru di peringkat sekolah melalui pelaksanaan program literasi maklumat dan teknologi pendidikan dalam membangunkan pusat sumber sekolah di peringkat sekolah.

Di dalam ceramah ini, pihak perpustakaan menekankan 6 modul utama di dalam literasi maklumat termasuklah pencarian maklumat, penyebaran maklumat dan sebagainya. Para peserta turut diberi pendedahan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Perbadanan Perputakaan Awam Negeri Perlis, U-Pustaka dan pangkalan data yang terdapat di dalam u-pustaka spt pressreader, national geographic dan sebagainya, program galakan membaca yang disediakan oleh perpustakaan dan Sasbadi Online.

# kami juga menawarkan perkhidmatan pinjaman buku berkelompok kepada jabatan/sekolah yang berminat. Sebanyak 100 buah buku ditawarkan kepada sekolah dan jabatan yang berminat. Tempoh masa adalah sebulan.

# Jemputlah perpustakaan untuk adakan pameran dan aktiviti di organisasi @ sekolah anda. Aktiviti galakan membaca seperti taklimat perpustakaan, taklimat galakan membaca, ceramah literasi maklumat, bengkel perpustakaan, celik IT, pameran, mewarna, aktiviti i-play toy, lawatan dan lain-lain aktiviti lagi..

Maklumat lanjut hubungi:

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. tel : 049764436
Faks : 049760906
H/p : 0174696110 (Zairina)









0 comments:

Post a Comment