Friday 9 December 2016

Kraf Kreatif : Origami Burung dan Bunga

PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti 5 : Kraf Kreatif : Origami Burung dan Bunga
Tarikh : 9 Dis 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Kanak-Kanak-Kangar, Perlis
Peserta : 60 orang kanak-kanak


Kanak-Kanak diajar tentang bagaimana cara untuk membuat origami burung dan bunga. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar cara-cara membuat origami yang kreatif dan menarik. Selain itu, ianya mengajar peserta untuk mendengar arahan dan bersabar di dalam setiap tugasan.

Program Cuti Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Pihak sekolah, jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam menggalakkan kanak-kanak minat membaca.

Hubungi
Pn. Zairina Hashim
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel: 049764436 (Pejabat)

0174696110 (H/P)











0 comments:

Post a Comment