Saturday 31 December 2016

Cabutan Bertuah (ahli perpustakaan, ahli aktif aktiviti, pinjaman buku)

 PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti 21 : Cabutan Bertuah (ahli perpustakaan, ahli aktif aktiviti, pinjaman buku)
Tarikh : 5-30 Dis 2016
Masa : 9 pagi – 6.00 ptg
Tempat : Perpustakaan Kanak-Kanak, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis
Peserta :


Kanak-kanak berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah mingguan dan bulanan bagi kategori ahli perpustakaan yang baru daftar, ahli yang meminjam buku dan ahli yang menjalankan aktiviti sepanjang program Syoknya ke Perpustakaan 2016. Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk menarik minat kanak-kanak untuk datang ke perpustakaan seterusnya menanam tabiat membaca di kalangan mereka. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Program Cuti Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.


Pihak sekolah, jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam menggalakkan kanak-kanak, belia dan dewasa minat membaca.


Hubungi
Pn. Zairina Hashim
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel: 049764436 (Pejabat)

0174696110 (H/P)









0 comments:

Post a Comment