Thursday 15 December 2016

Bengkel Pengacaraan Kreatif (Belia)

PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti 10 : Bengkel Pengacaraan Kreatif (Belia)
Tarikh : 15 Dis 2016
Masa : 10.00 pagi – 5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis
Peserta : 19 orang (Belia)


Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan mengenai cara-cara dan kemahiran untuk mengacarakan majlis, menambahkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang pengacaraan majlis, membantu membina keyakinan diri dalam melaksanakan tugas sebagai Pengacara Majlis, mengetahui  cara-cara menyediakan skrip ucapan yang betul, tatacara merangka konsep pengacaraan majlis dan meningkatkan imej dan penggayaan diri.

Penceramah jemputan Pn. Rozalita Saupi, Pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Program Cuti Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Pihak sekolah, jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam menggalakkan kanak-kanak, belia dan dewasa minat membaca.

Hubungi
Pn. Zairina Hashim
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel: 049764436 (Pejabat)
0174696110 (H/P)











0 comments:

Post a Comment