Thursday 22 December 2016

Bengkel Pengacaraan Cilik

PROGRAM SYOKNYA KE PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti 17 : Bengkel Pengacaraan Cilik
Tarikh : 22 Dis 2016
Masa : 10.00 pagi – 5.00 ptg
Tempat : Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis
Peserta : 38 orang


Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan mengenai cara-cara dan kemahiran untuk mengacarakan majlis, menambahkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang pengacaraan majlis, membantu membina keyakinan diri dalam melaksanakan tugas sebagai Pengacara Majlis, mengetahui  cara-cara menyediakan skrip ucapan yang betul.
Para peserta bengkel boleh mengaplikasikan kemahiran ini di sekolah sekiranya terlibat acara-acara sukan, penyampaian hadiah, hari kokurikulum dan sebagainya.


Program Cuti Sekolah 2016: Syoknya ke Perpustakaan! diadakan bertujuan untuk menyemarakan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa untuk datang ke perpustakaan dalam mengisi masa lapang cuti sekolah. Perpustakaan bukan sahaja tempat mencari ilmu bahkan dapat melakukan perkara-perkara yang menyerononokkan melalui aktiviti di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.


Pihak sekolah, jabatan luar bolehlah menjemput pihak perpustakaan untuk adakan aktiviti galakan membaca di sekolah atau adakan lawatan di perpustakaan dalam menggalakkan kanak-kanak, belia dan dewasa minat membaca.


Hubungi
Pn. Zairina Hashim
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jln Penjara, 01000 Kangar, Perlis
No. Tel: 049764436 (Pejabat)

0174696110 (H/P)

















0 comments:

Post a Comment